Rambutan oh Rambutan

Hari tu lepas tengok gambar K.Imah & Mak Kenit pegi dusun Mak Lang, macam teringin sangat nak makan rambutan dengan mangga kat dusun tu.. Two years ago, Mast pegi petik sendiri & panjat pokok sampai ke pucuk.. this year tengok gambar je lah..


Mast memang suka sangat makan rambutan muda.. Dulu nenek selalu marah coz tak sempat nak tunggu buah tu masak.. Arwah nenek busu rajin gaitkan rambutan utk ktorg..


Last week, mase Acap pegi Bayswater, Mast kirim beli rambutan dengan betik..biasanya makan yang dalam tin je.. Bila dia bawa balik, terkejut Ya Rabbi Mast tengok harga dia.. Nak makan pun telan air liur..macam makan duit jerr.. Terkejut tak harga rambutan utk 6 biji is GBP2.40???? Nak dekat RM25 kat Malaysia.. kat Malaysia, seikat pun boleh dapat RM5 jer. Kalo pokok belakang rumah tu, tak pandang langsung, sampai hitam buah atas pokok..


Rambutan from Thailand = GBP2.40


Harga betik kat sini pun boleh tahan gak.. satu biji nak dekat GBP7.00.. melampau betul!!!.. Bila Mast bagi tau mak, mak gelak je.. Mak cakap, kat belakang rumah, betik terbiar jerr.. burung jer yang makan..



Tak tahu lah betik ni from mane?? Knape lah mahal sangat?? Ade tak kat Malaysia sebiji betik harga almost RM30??

Lepas ni Mast nak start bercucuk tanamlah kat sini.. Tapi bila balik Malaysia nnt, confirm, tak pandang pun betik dgn rambutan..Kat sini ni tekak ni mengada2..

Comments

  1. alahai.. ciannayerrr

    hrmmmm, cam na nk post rambutan kat mast ek

    ReplyDelete

Post a Comment