Kalaulah Hati Tidak Mencinta...

Bosannya tanpa teman hidup dihujung minggu.
Minggu lepas jumpa dia boleh dikatakan paling lama pun, tiga jam satu hari.
Minggu ni, tak akan jumpa dia langsung.
Minggu depan, tiada siapa yang tahu tapi kami tak rancang apa-apa untuk Easter holiday (hopefully, tak payah datang office).

Sakarang ini, terasa teramat lah penat dan sedih.
Macam rasa bila-bila masa boleh rebah.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan nikmat kesihatan.
Janganlah Engkau uji aku di saat-saat genting ini.
Engkau permudahkanlah segala pekerjaanku.
Engkau peliharalah orang-orang disekelilingku.

Selalu juga terfikir, macam mana orang boleh berumah tangga dan bertahan berpuluh-puluh tahun. Memang seronok, tapi agak meletihkan.
Rutin harian berubah seratus peratus selepas berkahwin.
Sekarang, sebelum ke pejabat kena siapkan sarapan si suami - dulu tak payah sarapan
Sekarang, sebelum ke ofis, kena kemas bilik, baju & buku - dulu kemas untuk sorangje
Sekarang, bila dah jadi senior di pejabat, hari-hari balik lambat - dulu 5.30pm terus balik
Sekarang, hari Sabtu kena keje - dulu weekend turun Dublin
Sekarang, bila weekend kena masak proper meal - dulu boleh makan biskut & milo je
Sekarang, bila study, kena make sure si suami tidak bosan - dulu boleh study nonstop

Bukan mengeluh tapi sekadar merenung tanggungjawab sekarang ini terlalu besar. Ini belum ade anak lagi. Kehidupan nanti akan lebih berubah. Adakah aku sudah bersedia untuk memperolehi cahaya mata? Rasanya aku masih belum mampu memikul tanggungjawab ini. Adakah jawapan ini lahir dari hati, akal, atau nafsu? Aku pun tidak tahu. Tapi yang pasti, aku takut gagal dalam kehidupan. Aku mahukan yang terbaik untuk semua terutamanya diri aku. Mungkin suatu hari nanti, akan lahirlah tanda ikatan cinta kami. Insya'allah. Kenapa aku boleh mencintainya? Mungkin cinta lahir dari hatiku.

"Hati!" tegur si dia.

"Ye, Cinta," aku sahut tegurannya.

"Pernah tak awak terfikir..." sambungnya, tiba-tiba berhenti.

"Terfikir apa?" aku menyoal, mengukir senyuman.

"Pasal nama kita..." mukanya berubah, termenung panjang.

"Pasal nama kita?" aku pun termenung, temani si dia.

"Tanpa Hati, tak wujud la Cinta, kan?"


Isi fikirannya tak dapat kutangkap.


"Maksud awak?" tenungan aku menjadi bingung.

"Hati tempat perasaan kita timbul, kan?" soal si dia, mencari pengesahan.


Aku mengangguk mengiyakan soalan.


"Dan cinta merupakan sebuah perasaan, kan?" ditanya pula, mencari jawapan.


Aku mengangguk lagi.


"Kalau macam tu..." raut wajahnya menjadi sayu. "Kalau awak takde, saya pun takde la."

"Cinta," kutegur setelah berfikir panjang."Kalau perasaan cinta tu takde, hati ni tak berguna la, kan?"

"Hhhhhmmmmmm........." panjang keluhannya sebelum tersenyum.




Tidaklah kita ketahui siapakah sebenarnya kita kasihi.

Kesusahan tetap akan melanda. Dugaan tetap akan diberikan.




God has created for you mates among yourselves, so you may have peace and contentment with each other, and He has put between you love and compassion; most surely there are signs for those who reflect.

Al-Rum, 21


Surely, in the body there is a small piece of flesh; if it is good, the whole body is good, and if it is corrupted, the whole body is corrupted, and that is surely the heart.

Bukhari

Comments