Amarah Yang Terkalah

Yesterday (Thursday), was a stressful day! Why?? Let’s me list out the reasons. For details story, mak je yang tahu & faham dgn perangai anaknye ni 
1. Office & Outsourcing team
2. Nasi vs Burger
3. Pistachio & Almond vs Chesnutt
4. Post to Malaysia
Memang sangat disappointing, depressing and everything – semuanya perasaan yang datang dari Syaitan. Masa tu, perasaan marah memang dah membuak-buak and tak tahu nak kata ape tapi tak boleh nak marah. So, I just keep quiet and non-stop eating crisp, chocolate and mango. Suddenly macam ade satu bisikan yang menyeru kepada sesuatu.

Then, I straight away went to washroom, take wuduk , perform Asar, recite Al-Mathurat and translation, recite Yassin & translation, continue with Maghrib and recite An-Nisa’ & translation – ingat nak tunggu Isya’ tapi dah ade panggilan untuk dinner.

Apa yang Mast nak share kat sini ialah betapa insaf, kagum dan sejuk hati bila baca terjemahan ayat-ayat Mathurat tu. Perasaan marah terus lenyap dan boleh tersenyum sepanjang masa. Biasanya bila baca hari-hari tak rasa apa-apa – asyik kejar nak cepat habis je. So sesekali tu baca la terjemahan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Mathurat dan jadikan amalan harian. It doesn’t constraint long time kalo baca dengan hati yang ikhlas.

Here, I have done a research, and would like to share with the readers untuk dijadikan penghayatan, pengajaran dan amalan.
PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Selamat Beramal
-END-

Comments